top of page

TENTANG KAMI

 

Pusat Terapi & Pembelajaran Mentari atau lebih di kenali sebagai Mentari TLC telah beroperasi selama lima (5) tahun di Bandar Saujana Putra, Selangor..



Sebagai sebuah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan untuk komuniti, Pusat Terapi dan Pembelajaran Mentari merupakan sebuah Pusat Terapi dan Pembelajaran khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme, masalah pembelajaran, masalah tingkahlaku, masalah fizikal dan lain-lain kondisi yang telah di sahkan oleh pakar perkembangan kanak-kanak. Perniagaan yang telah di bina selama 5 tahun ni telah banyak membantu ibu bapa yang memiliki anak berkeperluan khas dalam mengendalikan masalah perkembangan anak-anak mereka seperti hyperaktif, tiada fokus, tidak boleh menulis, masalah motor kasar dan halus, masalah berkomunikasi dan banyak lagi. Alhamdulillah. 

​​
 

OBJEKTIF

 

Dalam memberi dan menambah nilai kehidupan mereka yang memerlukan, MENTARI TLC sedia memberikan bantuan dalam menyediakan pusat terapi, perkembangan dan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme, masalah pembelajaran, masalah tingkah laku, masalah hyperaktif dan juga kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan fikizal seperti cerebral palsy (CP) dan syndrome down (SD). Ahli intervensi kami akan menilai setiap masalah dan keperluan kanak-kanak dan akan mencari rawatan yang sesuai dalam meningkatkan kebolehan mereka sehingga mencapai target yang di perlukan.



PK1.jpg

VISI

Menjadi sebuah pusat perkembangan dan pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas yang terulung dan terunggul di Malaysia.

MISI

Menyediakan platform terbaik untuk kanak-kanak bekeperluan khas dalam memaksimakan tahap perkembangan diri dan rutin seharian mereka (ADL).
​
 

WhatsApp:

013-2951680

PNS-Kuda2.jpg
bottom of page